Home » » 'Kenapa baru sekarang Mat Sabu bersuara?'

'Kenapa baru sekarang Mat Sabu bersuara?'

Written By aku on Wednesday 2 December 2015 | 11:49 am


SHAH ALAM - Kenyataan Mohamad Sabu menuduh  Pas dipengaruhi IS hanyalah persepsi buruk semata-mata, tegas Timbalan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi.

Ahmad Yunus berkata, kalaulah fahaman ekstrem itu sudah wujud dalam Pas sebagaimana tuduhan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) itu, mengapa baru sekarang beliau bersuara? 

“Kalau sudah wujud sejak empat lima tahun lalu, ketika masih dalam Pas kenapa tak pernah bersuara? (Mengapa) sekarang baru nak cakap?," soalnya.

Apa yang jelas, kata Ahmad Yunus, pimpinan Pas sendiri menolak IS. Justeru, tidak timbul isu parti itu dipengaruhi fahaman melampau kumpulan tersebut. 
"Tidak ada asas langsung,” katanya ketika ditemui di Majlis Pecah Tanah Wakaf bagi projek pembangunan perumahan usaha sama antara Perbadanan Wakaf Selangor dan Nada Sepakat Corporation Sdn Bhd, di Seksyen 30, di sini, semalam.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi itu juga menegaskan, Pas tidak terlibat dengan kumpulan militan dan jika ada ahli yang menyertainya, itu di luar kawalan parti.

“Amanah cuba timbulkan persepsi negatif seolah-olah Pas dilihat menyokong IS. Kalau nak siasat pun perkara itu tidak wujud.

“Tapi terpulanglah kepada mereka, kita tak boleh halang manusia bercakap. Lagipun beliau dah lama dalam Pas, baru sekarang keluar, dah tuduh macam-macam,” katanya.

Terdahulu Mat Sabu mendedahkan antara punca Amanah ditubuhkan kerana bekas partinya Pas sudah diresapi pemikiran IS.

Beliau menuntut pihak berkuasa menjalankan siasatan terperinci ke atas penyusupan pemikiran melampau yang menyebabkan suburnya budaya 'takfiri' (mengkafirkan orang lain yang tidak sehaluan pemikiran) dalam Pas.
manakala Penganalisis "Hal ini merupakan garis pemisah utama di antara Pas dengan IS. IS diketahui umum bahawa mereka menolak proses demokrasi malah mengkafirkan sistem demokrasi dan juga sesiapa yang terlibat dengannya. Ini bukanlah sikap Pas semenjak hari pertama ia ditubuhkan sehingga kini," katanya dalam satu kenyataan. Semalam, sebuah portal berita melaporkan, Mat Sabu mendakwa antara punca Amanah ditubuhkan ialah kerana bekas partinya, Pas sudah diresapi pemikiran IS.politik tempatan dan antarabangsa, Dr Maszlee Malik semalam menegur Presiden Parti Amanah Negara(Amanah), Mohamad Sabu berhubung kenyataannya yang mengaitkan Pas dengan pengganas IS.

Pensyarah dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu menyifatkan kenyataaan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu tidak cermat dan tidak wajar.

"Perlu diakui bahawa walaupun aspirasi Pas untuk menubuhkan negara Islam yang melaksanakan hudud dan juga sikap fanatik ahli-ahli Pas kepada parti mereka lantas bersikap keras terhadap fikrah yang berlainan adalah mirip kepada pendekatan IS, namun Pas dengan jelas menolak perjuangan bersenjata di Malaysia dan juga memilih cara muwajahah silmiyyah (penentangan secara aman) berdasarkan sistem demokrasi.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger